2012年12月11日星期二

Kata Tugas

Kata Tugas



   •Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata untuk memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai penerang, penentu, penguat, pemeri, pembantuatau tugas lain.


CIRI KATA TUGAS

•       Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.
•       Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal. Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain.
•       Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas.
•       Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.

KELOMPOK KATA TUGAS

KATA PENYAMBUNG AYAT
KATA PRAKLAUSA
KATA PRAFRASA
KATA PASCAKATA

KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan.
  Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk.
Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa.
Tiga jenis kata hubung, iaitu:
  * kata hubung gabungan
  * kata hubung pancangan
  * kata hubung berpasangan

KATA PRAKLAUSA
Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan
 predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk
 mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa.
Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:
  * kata seru
  * kata tanya
  * kata perintah
  * kata pembenar
  * kata pangkal ayat


KATA PRAFRASA

Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata
 majmuk).
Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah:
  * kata bantu
  * kata penguat
  * kata penegas
  * kata nafi
  * kata pemeri
  * kata sendi nama
  * kata arah
  * kata bilangan

KATA PASCAKATA
Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda.
Kata yang termasuk dalam pascakata ialah:
  * kata penekan
  * kata pembenda

KATA PEMERI

•Kata yang menerangkan hal (perkara atau peristiwa) atau perangkai antara subjek dengan
  frasa utama predikat, dan bersifat pilihan.

•Kata pemeri dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pemerian secara persamaan (ekuatif)
 dan hadir di hadapan FN, dan pemerian secara huraian, dan hadir di hadapan FAdj dan
FSN.

•Pemerian secara persamaan: ialah dan pemerian secara huraian: adalah

•Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan KKJ, dan dalam ayat nafi.


  > Raja Ali Haji ialah pengarang Tuhfat Al-Nafis
  > Yang dikatakan itu adalah benar
  > adalah dimaklumkan…(tidak gramatis)
  > Orang itu adalah tidak pandai (tidak gramatis)





Bibliografi

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka.

没有评论:

发表评论